---------------------------------------------------- start of part 20 -----------------------------------------------------------------------
5:15 pm – Tiba di Jetty Labuan. Time agak sibuk sebab org dah balik kerja. Area town agak sibuk plus ada persiapan utk acara sempena hari wilayah. Berhenti sekejap di pasar untuk mencari ikan masin. Masa kat KK hari tu x beli lagi takut berat nak bawak. Harga ikan masin kat sini mahal sikit berbanding di KK. Beli je la mana yg patut nk wat balik semenanjung. Singgah di kedai alat tulis utk mencari gam (nak try gam balik roda beg).
…Selepas selesai buat pembelian, acara seterusnya adalah makan malam. Lokasi yg dituju adalah Restoran Manja Rasa (sebelah Kompleks Sukan Laut Labuan). Kat sini ada buffet steamboat (RM30 per pax). Boleh makan sampai lebam.. Masa sampai tgk sunyi semacam je tempat ni. Ingatkan awal lagi. Tengok notis kat situ rupa2nya setiap hari Isnin ditutup.. :(
So, ambil gambar je la kt area ni.. Terpaksa tukar lokasi lain.. (nasib baik dah wat review/research secukupnya)
**********************************************************************************************************************************
7:00 pm – Tiba di Anjung Ketam. Kat sini memang glamer ngan ketam. Tempat ni terletak betul2 tepi laut. Kat sini ada 4 gerai, dan sebaik-baiknya datang awal, kalau x ketam habis..
…Time mkn ni, barulah org start ramai datang. Servis kat sini kira okay. Tengok org lain order ketam 2 ekor masak steam, 2 ekor masak black pepper, dan macam2 cari masak lagi. Kami amik satu jenis masakan jer.. Lain kali tahulah nk order camner..
Harga kat sini kira mahal la sikit. X ingat berapa tapi x smpi seratus.. RM85 kalau x silap..
…Dah settle pembayaran, bergerak balik ke hotel. Dari bilik blh dengar persembahan kat Dataran Labuan. Ada pertandingan kebudayaan peringkat sekolah2 labuan. Minggu depan PM datang utk acara penutup hari wilayah. Masa MC announce M.Daud Kilau akan datang wat performance riuh satu dataran.. Operasi utk gamkan roda beg tidak berjaya :(
…Rehat n tdo, persiapan pulang esok hari..
*****************************************************************************************
--------------------------------------------------- end of part 20 -------------------------------------------------------------------------