Jumaat, 18 Februari 2011

Sabah & Labuan Trip (Part 6)

--------------- start of part 6 ----------------------------------
11:30 am - Tiba di Kinabalu Park. Tempat ni salah sebuah world heritage site. (try google kalau nk tahu detail). Masuk kena bayar RM3.00. Dan tiket ni valid kalau nak ke Poring Hot Spring. Bagi penggemar nature ok la nak datang sini. Ada jungle trail dan salah satu trail utk mendaki Gunung Kinabalu.
Kaunter tiket masuk
Conservation Fee
Kat sini pun ada platform utk view Gunung tapi dah berkabus, x nampak apa2 dah..

"Take Nothing But Photographs..Leave Nothing But Footprints"
Peta Kinabalu Park n Peta Pendakian
Platform utk Valley View
Platform Mountain View
Trek Mendaki
Sutera Sanctuary Lodge
Kaunter tiket pengangkutan
Kedai cenderamata
Astro?

--- Masuk sekejap je kat sini, pusing taman ni dgn kereta.. pastu snap beberapa keping gambar.

--- Lagi foto2..

***********************************************
12:30 pm - Tiba di Pekan Ranau. Perjalanan dari Kinabalu Park ok, cuma semasa di Pekan Kundasang, masih terdapat kerja2 menaiktaraf jalan. Banyak lubang dan berdebu, kesian peniaga2 kat pekan. Skip dulu pekan Kundasang, pergi makan di Ranau dulu. Setakat ni baru lah nampak masjid sepanjang jalan, 1 di Kundasang dan 1 di Ranau. Kat Ranau ni roundabout dia kecik jer, rasa sekangkang kera. Makan di KFC jer mudah.. aircond dan cepat..kalau nak try nasi berlauk takut x memenuhi selera semenanjung pulak..


Saja bagi gambar besar sikit... bagi semua rasa lapar...
**********************************************
2:00 pm - Tiba ke salah satu destinasi utama, Fish Spa atau "Tagal" Sungai Moroli, Kg Luanti Baru. Tempat dia ni kalau dari Ranau, nanti akan jumpa simpang ke Poring Hot Spring sebelah kiri, x payah masuk, straight lagi dlm 20km.. Nanti akan jumpa signboard Sabah Tea, 50 meter lepas tu akan nampak signboard ni...Tempat ni pun terletak di sebelah kiri. Fish Spa kat sini memang superb!! Kalah la Fish Spa kat shopping kompleks. Kalau kt Terengganu kena pergi Tasik Kenyir..
Signboard ni masa otw balik
Masa masuk ikut pintu gerbang ni ada tempat utk beli tiket (bgn bumbung hijau). Dia akan tanya berapa orang dan nak mandi ker nak rendam kaki sahaja.
Tiket masuk: RM5.00 - rendam kaki sahaja selama 15 minit. Lepas bayar tiket, masuk dalam sikit lg (dlm 50 meter) dgn kereta.
Barulah sampai ke tempat daftar..
Khemah menunggu giliran..
Kaunter daftar utk dptkan giliran kalau ramai orang.. Diorg limitkan masa dan jumlah pengunjung dalam sungai pada satu2 masa. Kat sini pun ada jual makanan ikan: RM0.20 sepeket..
Signboard peraturan
Sesi karaoke pun disediakan..
Banyaknya...
Baru rendam dah datang..besar2 pulak tu..

Control senyum walaupun tgh kena gigit dek ikan..
... Mula2 tu takut jugak la sebab x pernah try, tp lama2 tu ok je. Makanan ikan tu kalau lempar terus ikan2 menyambar..
Klip diambil menggunakan Nikon D3100 (Full HD)..

... Time pergi masa tu x ramai org, so yg jaga tu pun nampak mcm x berkira sgt. Rasa lebih 30 minit rendam kaki dlm sungai tu. Tu pun naik sebab hujan rintik2 (kes ada org "menyumbangkan" lagu sesi karaoke kut...) dan byk destinasi nak ditujui lg.. Highly recommended place to visit!!!
... Lagi foto2..


***************************************************
------------------- end of part 6 ----------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan