2:00 pm – Sampai ke town area KK. Perut dah lapar time ni lepas penat pusing2 dlm zoo. Singgah utk lunch kat Restoran Sempelang, makan nasi putih. Lepas makan try cari Jamilah Jewellery. Kedai dia ni terletak di Jalan Sinsuran, Blok G kalau x silap. Siap ada cawangan kat depan kedai utama dia. Kat sini barangan mutiara dia berkualiti, dan harga semestinya berkualiti..
Bukti pembelian.. |
…Selepas selesai membuat pelaburan di JJ, bergerak ke Pasar Filipin. Kat sini kebiasaanya harga barang agak mahal. Kalau tak tawar memang untunglah tokey2 kedai kat sini, kejap je dah boleh pakai BMW... Dicadangkan kalau nak tawar tu biarlah kurang 1/2 daripada harga yg diletakkan. Kalau harga letak RM50, tawarlah sampai RM15. Kalau RM25 mula2 penjual tu wat terkejut je, pastu dia kata okay. Lebih baik tawar rendah, kalau dia x bagi leh gi ke kedai lain. Cuma dlm Pasar Filipin ni sempit skek ruangan dia. Kena bersesak2..
…Mutiara ni ada yang asli dan ada yg tiruan. So, kena berhati2. Kebanyakan penjual kat sini agak jujur dan bercakap benar. Kalau asli dia bgtau, kalau tiruan pun dia bgtau. Mutiara pulak ada dua; mutiara air tawar (murah) ngan air masin (mahal). Mutiara air masin ni nampak berkilat berbanding mutiara air tawar. Kat sini adalah beli butang baju melayu, gelang, kain pua. Asalnya nak beli kat pasar mlm, tp ada program lain..
…Settle kat Pasar Filipin, bergerak pula ke pasar bersebelahan. Kat sini ada dijual kerepek, amplang (perisa ikan, udang, ketam, sotong), kuih cincin, empeng blinjo, dll.. Beli mana2 yg patut utk dibawa balik. Kat sini x pergi ke Pasar Ikan Masin (kat sebelah Pasar Filipin) sebab takut lebih muatan nak ke Labuan. Beli ikan masin kat Labuan nanti (walaupun harga x semurah KK).
**************************************************************************************************
4:30 pm – Sampai di kawasan menjual Lokan Bakar, Puding Kelapa & Kelapa Bakar. Lokasi dia lepas 1Borneo akan jumpa Politeknik. Lepas Poli, amik first exit roundabout. Lepas tu akan nampak deretan gerai di kiri dan kanan jalan.
…Singgah di Gerai Bersamamu.
*****************************************************************************************************************
6:00 pm – Singgah sebentar di Masjid Bandaraya KK untuk solat. Time ni dah dekat Maghrib, wat malu jer… Lepas solat, snap beberapa keping.
… Time ni x reti lagi nak wat skill fotografi. (baru hari ke-3 pakai DSLR).. Kalau x mesti leh amik camni..
Teknik HDR - selepas study dari internet
(Lokasi: Masjid Kristal)
(Lokasi: Masjid Kristal)
Kereta dah macam masuk rally..
********************************************************************************************
6:45 pm – Tiba di Signal Hill Observatory Tower. Time ni leh la tgk sunset jap ngan cahaya lampu bandaraya KK.
***********************************************************************************
-------------------------------------- end of part 15 -------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan