-------------- start of part 3 -----------------
5:30 pm - Dengan menggunakan Garmin, maka sampailah kami ke Centerpoint. Jalan kat KK ni x susah sgt, tapi parking agak payah. Mungkin x tahu dkt area mana nak dapat parking mudah n free. Pusing2 kat Jalan Api-Api (depan Centerpoint) dapatlah parking. Baru mati enjin mamat yg jaga parking dh smpi.
RM2.00.
... Tujuan sebenar ke Centerpoint ni adalah utk membeli DSLR!! Nak kata murah x la sgt, lebih kurang ngan tempat lain. (tp x leh lwn lowyat/digital mall). Masa kat KT dah cari tapi semua x der stock. Kalau ada memang dah amik, baru la dpt snap gambar2 travel. (dgn lagi lawa walaupun x pernah guna dslr). Cari2 jumpalah kamera yg diinginkan. Selepas proses tawar-menawar, dapatlah
RM2163.00. Tu pun sebab guna credit card (3% charge). Kalau cash dia leh bg 2k. Memang mahal sikit (kalau KL leh dpt 1.9k) tapi puas hati sebab tokey dia mmg sporting. Siap buat tutorial lg, maklumla cara pegang pun x reti. First timer la katakan. Model yg dibeli adalah Nikon D3100.. dgn lens kit (dia bg 4gb SD, mini tripod, beg, LCD protector Lens Cover Nikon.
|
Nikon D3100 |
ni iklan dia..
... Lepas membuat pembelian, kami teruskan ke next destination, 1Borneo...
*********************************************************
6:30 pm - Sampai di Tune Hotels 1Borneo utk check-in. Parking betul2 dpn hotel. Macam biasa, mati enjin mamat jaga parking smpi.. RM6.00 !!!! Mahalnya... Kalau tahu baik parking kat luar dulu, malam baru masuk.
|
Tiket parking |
... Konsep Tune Hotels ni pun sama mcm kt LCCT, RM15.00 deposit utk towel ngan access card. Tapi bilik dia luas dari LCCT. Bilik No 109. Bolehla letak sejadah kt lantai nk solat. So, check-in dulu..mandi, solat, belek2 kamera, kemudian bersiap utk dinner.
Pecahan Kos:
- Room Fee: RM26.57
- Admin Fee: RM11.45
- 12-hr Aircond: RM13.49
- Towel + Kit: RM5.00
Total:
RM56.51
|
Ada timer untuk aircond |
|
Bilik luas, ada LCD tp kena tambah bayar |
|
Bilik air tanpa kunci, shower x laju sgt mcm kt LCCT |
*****************************************
7:30 pm - Berjalan2 di 1Borneo. Tune Hotels ni attach skali ngan 1Borneo. Kt main stage dia ada buat decoration utk CNY. Tempat ni besar jugak, x sempat nak pusing semua kedai. Perut pun dh lapar.. Masa ni la try snap2 sambil belajar..
|
Tapau Big Apple Donuts utk breakfast esok |
|
Dinner kt The Chicken Rice Shop..bkn sekadar nasi ayam..kookkookkk.... (x sedap, menu x memenuhi citarasa) |
|
|
|
1....Borneo!!!! 1...Borneo!!!!! |
|
Posing kt kerusi urut. Kalau x letak duit nanti bunyi alarm... |
|
Layan 6 minit.. |
|
Last snap utk mlm ni.. |
... Lepas pusing2, blk bilik, caj bateri HP, camera (Olympus n Nikon), handycam ngan Droidpad.. (tips: kalau travel bawak extension cord, senang nk caj byk gadget). Perlu rehat secukupnya utk aktiviti mendatang....zzzzzzzzzzz....
***********************************************
-------------------------- end of part 3 --------------------------------------
😎
BalasPadam