Memaparkan catatan dengan label KKIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KKIA. Papar semua catatan

Isnin, 21 Februari 2011

Sabah & Labuan Trip (Part 17)

---------------------------------------------------- start of part 17 --------------------------------------------------------------

Tarikh: 21/2/2011
7:30 am
– Check-out dari Promenade Apartments. Masa serah kunci kat kaunter diorg mintak housekeeping pergi check bilik dulu, kut2 ada barang hilang. Lambat jugak proses ni, dlm 20-30 minit baru clear. Dah settle, bergerak ke KKIA (Terminal 1) untuk hantar balik kereta sewa di Hertz. Tiba di T1 kul 8 am, kaunter Hertz x bukak lg. Punggah dulu barang2, tunggu kat situ. Dalam 5 minit lepas tu, staf Hertz datang, check condition kereta. Dia senyum jer tengok kereta, macam baru balik dari kebun..

8:15 am – Beratur untuk check-in di kaunter MAS. Next Destination: Labuan. Tujuan ke Labuan ni adalah sebagai transit untuk balik ke KL keesokan hari. Kebetulan harga tiket balik ke KL murah sikit berbanding dari KK. Sambil2 tu sempat la pusing2 Labuan. Pulau bebas cukai tu… Ada beberapa kaedah nak ke Labuan dari KK:
1. Feri – Ekspres dari KK ke Labuan. 3 jam perjalanan – risau jugak travel lama2 via laut..(ombak besar, mabuk laut, dll..)
2. Dari Menumbok – Travel dari KK ke Menumbok dgn bas (2 jam), pastu leh naik speed boat (15 minit) atau feri besar yg blh bawak kereta (1 jam) .
3, MAS Wings – 15 minit jer..

Tiket KK-Labuan: RM35.00 + Tax RM50.00 = RM85.00 per pax.. Kebetulan booking awal leh dpt harga murah..

… Dah settle check-in, sementara tunggu flight (10:15 am), pusing2 area airport ni dulu..

**********************************************************************************************************************
9:30 am – Bergerak ke Gate A9 untuk boarding. Kat sini perlu serah balik slip masa mula2 sampai KK..

19DSC_0832-w
20DSC_0830-w

21DSC_0829-w

MAS Wings tgh landing..


22DSC_0831-w
FireFly nak take off..


23DSC_0833-w

24DSC_0837-w
AirAsia take off..


25DSC_0839-w

**************************************************************************************************
10:11 am – Baru leh boarding. First time naik MAS Wings ni. Dia guna pesawat ATR72. Naik plane ikut tangga belakang. Tangga depan tu utk masuk kargo. Pesawat ni pun seat dia cuma 2 sebelah. Kecik jer..Flight attendants 2 org jer..

01DSC_0841-w

Seat 2X2..


02DSC_0850-w
Pakai LCD (kt tgh tu) utk safety briefing, kellaass gituuu..


03P2200916-w
04DSC_0846-w
Pramugari tgh siapkan minuman..


05DSC_0840-w
Yeahh..minum MILO anda jagi sihat dan kuat..


06DSC_0854-w

07DSC_0856-w
Propeller dia kat tepi jer..


08DSC_0861-w
  10DSC_0865-w
Dah nampak Pulau Labuan..


11DSC_0871-w

12DSC_0875-w
AirAsia tgh ready utk take off..


13P2200904-w

14P2200920-w

15P2200921-w

16P2200936-w


**********************************************************************************************************
11:15 am – Landed at Labuan Airport. Memang sekejap je dah sampai. Amik gambar di sekitar airport (boleh ke?), kemudian baru pergi amik luggage. Memang beg kami jer yg tinggal kat atas carousel tu..Lepas amik beg, pekerja kat situ terus off switch mesin tu. Masa kat KK dah call beberapa no pengusaha kereta sewa di Labuan. Ada sorang tu offer Kancil RM90 sehari. Nasib baik x confirm ngan dia. Kat airport labuan ni byk pengusaha kereta sewa. Harga pun kira agak berpatutan.

***************************************************************************************************************
Dapat sewa kancil RM70 sehari. Kira ok la, guna kancil manual je kat sini. Labuan tak der la besar sgt. Jalan pun x sibuk.. Dah dapat kereta, check condition dulu… Huh…sedih jugak tgk condition dia, dgn botol kosong kat dlm bonet, plastik KFC bawah seat.. Minyak pulak dah bawah E. Set GPS ke stesen minyak terdekat (Shell) utk isi minyak dulu..
 
P2200970-w

P2200969-w  P2200971-w  P2200973-w
P2200974-w

…Isi minyak RM20. Dinasihatkan kalau amik kancil x perlu lah isi minyak sebanyak itu. Kalau nak pusing satu pulau ni utk satu hari, isi minyak RM10 pun dah cukup. 4-5 jam dah habis tawaf satu pulau ni.. Learn from experience..

--------------------------------------------------------- end of part 17 -------------------------------------------------------------

Khamis, 17 Februari 2011

Sabah & Labuan Trip (Part 2)

-------------------------- start of part 2 ----------------------
Tarikh: 17/2/2011
9:30 am - Check-out dari Tune Hotels LCCT. Hotel2 Tune ni check-in 2 pm & check-out 10 am. Lepas serah balik towel basah ngan card access dpt blk deposit RM15. Kat sini pun ada cafe utk breakfast dan 7-Eleven.

Posing dpn Tune Hotels LCCT

 ... Berjalan kaki ke Food Court utk breakfast. Makan nasi lemak dan lepak kt sini dulu seblum gi check-in.




 ***********************************
Berjalan dari Food Court ke Terminal
10:50 am - Pergi ke terminal, scan luggage dan ambil boarding pass. Flight (AK5106) pukul 12:50, so lepak2 kat terminal, 12:15 masuk boarding. Ni first time naik flight yg ambil masa 2 jam 30 minit. Sebelum ni balik ker Ganu 50 minit jer.. Dan ni pun first time buat pre-book meal, maklumlah 2 jam 30 minit. Bila lagi nak merasa makan pada ketinggian melebihi 20,000 kaki di udara. Kalau balik Ganu malu je, baru nak order, baru Bismillah dah sampai..
Pecahan Kos:
  1. Tiket: RM69 X 2
  2. Normal Seat: RM5 X 2
  3. Medium Luggage (20kg): RM30
  4. Convenience Fee: RM10
  5. Pre-book Meal (Chicken Rice & Coffee): RM12
  6. Pre-book Meal (Pizza & Coffee): RM9
Total: RM209.00
Posing dengan jersi Harimau Malaya... auuummmm!!!
Dah masuk dalam plane..tunggu berlepas..
Ada atas sudah..
Melepasi daratan dan mengharungi lautan biru
Muka senyum dalam kelaparan..
Peace peace kacang peas
Yeah..Nasi Ayam sudah sampai.. rasa boleh tahan la, tp sedap nasi ayam kat Yees Stall lg..
Pizza
... Dah siap makan, maka bermulalah sesi fotografi, lawatan ke tandas dan lain2 aktiviti sementara menunggu landing time..
Macam melintasi kutub utara je..
Layan cerita seround..

View dlm plane (baru lepas lawatan ke tandas)
Meredah awan nano..
... Lagi gambar2 dlm perjalanan:

***********************************************
3:20 pm - Ketua pramugari dah announce supaya kembali ke tempat duduk, pasang tali keledar, tegakkan tempat duduk, penutup tingkap dibuka, meja depan diangkat.... kerana akan mendarat sebentar lagi.
Sempat snap gambar pulau, tp x sure Pulau Labuan ker Pulau Tiga
Dah nampak daratan
Landing time..... masa ni hujan turun menyambut kehadiran kami
Hujan lebat la jugak
Parking di bay.. sebelah flight yg baru sampai dari Sandakan
Sempat lagi snap gambar..

... Untuk makluman mereka2 yg datang ke Sabah perlu mendaftarkan diri di kaunter Imigresen. Cuma tunjuk MyKad/MyKid/Passport untuk tujuan pengesahan. Nanti akan dapat slip (mcm pas pelawat) yg valid selama 3 bulan. Bila nak keluar dari Sabah perlu serah balik slip tsb.


... Dah dapat slip tu barulah pergi ambil luggage. Masa di dalam balai ketibaan tu, ambil risalah berkenaan Sabah dari booth Tourism. (forum dah khatam byk kali pun kena amik jugak, cukup syarat). Pastu ke kaunter teksi utk ke Terminal 1. Untuk makluman, AirAsia landing di Terminal 2 KKIA. MAS, FireFly, MasWings kat Terminal 1. Tujuan ke Terminal 1 adalah utk ambil kereta yang disewa dari Hertz. Teksi dari T2 ke T1: RM30.00.
Kupon teksi.
******************************************************
4:00 pm - Tiba di Balai Ketibaan T1 KKIA dengan menaiki Teksi Toyota Innova. Driver pun sopan jer. Dia cakap KK sekarang ni hujan sejak 2 hari lepas. X taula camner keadaan cuaca sepanjang kami berada kt sini. Harap2 semuanya berjalan lancar. Pergi ke kaunter Hertz untuk dapatkan kereta yg telah dibooking online. (http://www.simedarbycarrental.com/Hertz_Reservation.aspx)
Sewa Kereta (Hyundai Matrix 1.6A) - RM88 X 4 = RM352.00

KKIA T1


Car park KKIA T1


Sementara tunggu rental agreement

Gambar Jesselton Jan 1911
Kereta yg disewa. Condition Superb!! Milage baru 4000km




... Selepas sign agreement dan mendapat sedikit briefing, we're off.. Mula2 sekali pasang car phone holder kat cermin, sambung charger dan pasang garmin. GPS banyak membantu (kadang2 menyusahkan) dlm perjalanan kami ke destinasi yg nak ditujui. First destination: CENTERPOINT KK. Untuk apa? Tunggguuuu.....

******************************************

--------------------- end of part 2 -------------------------